PERUMAHAN
1. Siapakah yang layak memohon Perumahan Kos Rendah Negeri Pahang?
  a) Rakyat Negeri Pahang dan warganegara Malaysia
b) Pendapatan keluarga tidak melebihi RM1,500
c) Umur tidak kurang dari 21 tahun
d) tidak ada tanah, rumah atau tapak rumah
   
2. Siapakah yang layak memohon Perumahan Kos Sederhana Swasta Negeri Pahang?
  a) Rakyat Negeri Pahang dan warganegara Malaysia
b) Pendapatan keluarga diantara RM1,500 hingga RM3,000
d) tidak ada tanah, rumah atau tapak rumah
   
3. Dimanakah saya boleh membuat pendaftaran perumahan?
  a) Kaunter perumahan semua Pejabat Daerah & Tanah.
b) Melalui online - http://eperumahan.pahang.gov.my
   
   
  HASIL TANAH
1. Bilakah tarikh untuk membayar cukai tanah??
  1 Januari hingga 31 Mei setiap tahun
2. Bolehkah cukai tanah dibayar selepas 31 Mei?
  Boleh tetapi akan dikenakan denda sebanyak 10% daripada cukai semasa
3. Bagaimana kaedah untuk membayar cukai tanah?
  Tunai / Bank Draf / Kiriman Wang / Wang Pos di Kaunter Hasil Tanah Penghantaran Secara Pos samada Bank Draf / Kiriman Wang / Wang Pos di atas nama PENTADBIR TANAH DAERAH BENTONG Perkhidmatan Perbankan Internet dengan melayari http ://ptg.pahang.gov.my. Bank-bank yang boleh menggunakan kemudahan pembayaran secara FPX ini ialah BIMB, CIMB, MBB, Public Bank Berhad dan Hong Leong Bank Berhad dari jam 7.00 pagi hingga 11.00 malam termasuk hari cuti dan kelepasan am.