Font Size

Profile

Cpanel
  • images/banner2/SPR2.png
  • images/banner2/iQa.png
  • images/banner2/myid.png
  • images/banner2/phrmis.png

CSR bakal lonjakkan pembangunan Bentong

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pahang/20130514/wp_04/CSR-bakal-lonjakkan-pembangunan-Bentong#ixzz2TE0RZ3Xp
© Utusan Melayu (M) Bhd

BENTONG 13 Mei - Daerah ini bakal mencapai kemajuan yang lebih pesat apabila jajaran Jalan Lingkaran Tengah (CSR) dari Bentong ke Kuala Krai, Kelantan bakal memberi limpahan ekonomi kepada penduduk di kawasan sekitarnya.

Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, peluang perniagaan akan diwujudkan apabila laluan tersebut akan menjadi tumpuan utama pengguna jalan raya yang berulang alik dari Lembah Klang ke Kelantan.

Beliau menambah, kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa memikirkan cara untuk membawa lebih banyak pembangunan supaya setiap rakyat mempunyai peluang mencari rezeki menerusi peluang pekerjaan dan perniagaan yang diwujudkan di kawasan itu.

“Segala pembangunan yang dilaksanakan bertujuan membolehkan rakyat hidup dalam suasana selamat, aman dan menikmati kehidupan serta pendapatan lebih baik.

“Kita akan memberi tumpuan bagi membangunkan kawasan luar bandar dan pinggir bandar supaya kedua-dua kawasan terbabit seimbang termasuk menumpukan perhatian terhadap penempatan masyarakat Orang Asli di sini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Makan Malam bersama 1,000 penduduk Kampung Telemong bersama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Tiong Lai meminta rakyat supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang kononnya kerajaan BN terlibat dalam kegiatan rasuah sehingga gagal membangunkan negara.

Tambahnya, jika terpengaruh dengan propaganda pembangkang maka keadaan negara pasti akan mundur, rakyat hidup tertekan dan suasana huru-hara sekali gus mengganggu ketenteraman awam.

 

Pengumuman

Aplikasi eSPEKS kini telah boleh dicapai dan digunakan seperti biasa :
https://espeks.pahang.gov.my/espeks/



 

bernama beritaharian utusan thestar nstonline sinarharian

Kaunter Pelawat

Hari IniHari Ini70
SemalamSemalam89
Minggu IniMinggu Ini636
Bulan IniBulan Ini2137
KeseluruhanKeseluruhan40914

Kemaskini

  • : Monday 14 April 2014, 08:15:13.