Makanan Tempatan

1. Durian

Kawasan bukit-bukau di Bentong yang sesuai untuk penanaman durian telah menjadikan daerah ini terkenal dengan durian Musang King dan D24. Dikatakan bahawa Musang King dan D24 gred terbaik berasal dari daerah ini dan Raub. Nak tahu lebih lanjut?
Datanglah sendiri! :)

2. Halia

Halia ditanam di kawasan Bukit Tinggi dalam daerah Bentong berhampiran dengan Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak.
Apa yang membezakan halia Bentong dengan halia biasa ialah kandungan seratnya yang lebih tinggi dan bau halia yang tidak ketara walaupun rasanya lebih pedas.

4. Lemang

Lemang To' Ki.
Datang ke Bentong tanpa singgah di Lemang To' Ki adalah satu kunjungan yang tidak lengkap.
Selain lemang yang setiap hujung minggu menjadi buruan warga luar daerah Bentong dan peminat motorsikal berkuasa tinggi,
hidangan seperti ayam/daging bakar cicah air asam turut mendapat tempat di hati pengunjung.

5. Nangka Madu

Pahang adalah negeri pengeluar nangka madu terbanyak di Malaysia dan Bentong merupakan salah satu daripada 5 daerah di mana tanaman tersebut diusahakan. Gerai-gerai jualan nangka madu boleh didapati sepanjang jalan menuju ke Raub.

Tarikh Kemaskini: 02/03/2018 12:29:05

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 98 kali.


Kembali ke Atas