Sejarah

1. Muzium FELDA

22 September 2005 Muzium Felda di Lurah Bilut, Bentong, Pahang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia , Dato Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak .Turut hadir pada majlis perasmian ialah Menteri Besar Pahang , Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Felda Tan Sri Yusof Nor.

Muzium Felda ini dibina di sini kerana Rancangan pembangunan tanah Felda bermula di Felda Lurah Bilut pada 1958.

Muzium Felda itu sebelum ini adalah pejabat pentadbiran Felda Lurah Bilut yang dibina pada Julai 1958. Muzium yang berkonsepkan rumah Melayu tradisional itu mempamerkan pelbagai koleksi sejarah peneroka dan pengurusan Felda sejak penubuhannya pada 1958.

Tarikh Kemaskini: 16/08/2018 09:02:38

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 97 kali.


Kembali ke Atas