Berita

Bengkel myPortfolio Siri 1/2018

Pentadbir Portal1

BENTONG, 8 November 2018 - Satu bengkel pembangunan myPortfolio telah diadakan bertempat di Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) bertujuan untuk membiasakan warga Pejabat Daerah dan Tanah Bentong dengan myPortfolio yang akan digunapakai menggantikan Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja sebagai panduan kerja sektor awam.

Bengkel siri pertama selama 2 hari ini telah dirasmikan oleh Yang Hormat Pegawai Daerah Bentong, Dato' Azhar bin Haji Arshad pada jam 3.00 petang semalam. Hari pertama adalah untuk sesi taklimat berkenaan myPortfolio manakala sesi praktikal pembangunan dokumen telah dmulakan pada sebelah petang sehingga tamat hari kedua (hari akhir) bengkel.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 44 kali.


Kembali ke Atas