Berita

Majlis Keberangkatan Pemangku Raja Pahang ke Lawatan Kerja di Janda Baik

Pentadbir Portal1

BENTONG, 1 November 2018 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah sudi bercemar duli untuk satu lawatan kerja di sini pada hari ini. Lawatan tersebut bertujuan untuk meninjau perkembangan Pembinaan Projek Penghantaran Tenaga Nasional Berhad (TNB), di Kampung Janda Baik.



Lawatan ini turut disertai Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail, barisan ahli exco negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri Ketari, Young Syefura Othman.

Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan peribadi baginda kepada Pengerusi Masjid Kampung Janda Baik serta menyempurnakan sumbangan pihak Tenaga Nasional Berhad kepada Masjid Kampung Janda Baik.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 87 kali.


Kembali ke Atas