Berita

Majlis Penutup LTdL Peringkat 4

Pentadbir Portal1

BENTONG, 10 Februari - Cuaca bukan halangan. Itulah yang dapat dikatakan tentang Majlis Penutup Le Tour de Langkawi Peringkat 4 yang diadakan di Genting Highlands hari ini. Meskipun keadaan lokasi diliputi kabus tebal, majlis bertambah meriah dengan keberangkatan tiba Pemangku Raja Pahang berkenan mencemar duli ke majlis ini.

Majlis telah dimulakan pada jam 10.00 pagi dengan kehadiran para jemputan dan media. Turut menghadiri majlis ini ialah YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail. Beliau turut diiringi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, YB Dato' Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak dan Pegawai Daerah Bentong, YH Dato' Mohd Zulkifli bin Hashim.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 35 kali.


Kembali ke Atas