Berita

Perhimpunan Bulanan : Disember 2020

Pentadbir Portal1

BENTONG, 22 Disember 2020 - Norma baharu bukan kekangan untuk kegiatan fizikal. Sehubungan itu, perhimpunan bulanan kali ini turut diisi dengan kegiatan senamrobik dan sesi ujian kecergasan dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bentong.

Perhimpunan dimulakan pada jam 8.30 pagi di Gelanggang Futsal, Pejabat Daerah dan Tanah Bentong dengan nyanyian Negaraku, Allah Selamatkan Sultan Kami dan bacaan doa. Selepas ucapan amanat oleh YH Pegawai Daerah Bentong, satu sesi senamrobik telah diadakan yang dipimpin oleh tiga orang kakitangan Pejabat Belia dan Sukan. Peserta senamrobik juga telah diberikan borang ujian kecergasan fizikal untuk dilengkapkan sepanjang pengujian selepas acara senamrobik berakhir.

Selain daripada senamrobik dan ujian kecergasan, ahli-ahli Badan Kebajikan dan Sukan (BKS) Pejabat Daerah dan Tanah Bentong juga telah diraikan dalam sambutan ulangtahun untuk yang dilahirkan dalam bulan Ogos hingga Disember termasuk YH Pegawai Daerah sendiri yang menyambut ulangtahun kelahiran hari ini.

Diharap acara seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang. Sama-sama kita patuhi SOP dan mendoakan pandemik ini akan berakhir. Acara bersurai pada jam 11.15 pagi.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 10 kali.


Kembali ke Atas