Berita

Program Imunisasi COVID-19

Pentadbir Portal1

BENTONG, 13 Mac 2021 - Lindung diri. Lindung semua. Program Imunisasi COVID-19 kini telah bermula di daerah Bentong apabila Yang Hormat Pegawai Daerah sendiri telah menerima dos pertama vaksin pada 2 Mac 2021 bersama dengan para petugas barisan hadapan.

Malaysia telah menerima vaksin COVID-19 pada hari Ahad, 21 Februari 2021. Vaksin kumpulan pertama ini merupakan vaksin Comirnaty keluaran Prifer BioNTech. Ketika berita ini ditulis, daerah Bentong sedang berada dalam Fasa 1 imunisasi yang bermula pada Februari hingga April ini. Fasa 1 melibatkan 500,000 orang petugas barisan hadapan seluruh negara yang merangkumi petugas kesihatan kerajaan dan swasta, perkhidmatan penting (essential services) dan pertahanan.

Sehubungan itu, sebuah sistem dalam talian hasil inisiatif kerajaan negeri Pahang telah dibina dan boleh dicapai di pautan berikut : https://vaksin.pahang.gov.my. Sistem ini membolehkan rakyat negeri Pahang mendaftar untuk program imunisasi dan menyemak tarikh penerimaan vaksin di daerah masng-masing.

Pendaftaran juga boleh dilakukan melalui aplikasi mudah alih MySejahtera atau menelefon Talian Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan di 1800-888-828 untuk mereka yang belum mempunyai kemudahan capaian Internet.

Ikuti kami di laman Facebook rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Bentong : https://www.facebook.com/PDTBentong

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 20 kali.


Kembali ke Atas