Berita

Program Khidmat Bakti ke Lipis

Pentadbir Portal1

BENTONG, 12 Januari 2021 - Cubit paha kanan, paha kiri terasa jua. Hari ini Badan Kebajikan dan Sukan (BKS) Pejabat Daerah dan Tanah Bentong telah berkunjung ke Lipis untuk membantu kerja-kerja pembersihan pasca banjir di daerah tersebut.

Kunjungan dimulakan dengan sesi taklimat di Pejabat Daerah dan Tanah Lipis.  Pasukan Bentong diketuai oleh Yang Hormat Pegawai Daerah Bentong, Dato' Mohd Zulkifli bin Hashim dengan disertai oleh ahli-ahli BKS seramai 27 orang. Taklimat kemudiannya disusuli dengan pemberian bantuan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Lipis.

Lipis merupakan daerah yang paling terjejas akibat banjir pada musim tengkujuh kali ini. Antara kawasan paling teruk mengalami kesan kenaikan air adalah Bandar Lama Kuala Lipis dan kawasan sekitarnya. Kerja-kerja pembersihan oleh BKS PDT Bentong telah dijalankan di Dewa Residen dan Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford.

Gambar-gambar program boleh dilihat di laman Facebook rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Bentong : https://www.facebook.com/PDTBentong

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 36 kali.


Kembali ke Atas