Berita

Program Kutipan Barang Kitar Semula bersama SWCorp

Pentadbir Portal1

BENTONG, 11 Jun - Satu Program Kutipan Barang Kitar Semula telah diadakan oleh pihak SWCorp di Pejabat Daerah dan Tanah Bentong hari ini. Program disertai oleh semua staf yang telah menyumbangkan bahan untuk dikitar semula oleh pihak SWCorp.

Kertas seberat 195 kilogram telah berjaya diserahkan untuk kitar semula . Yang pasti, amalan kitar semula ini lebih penting daripada nilai wang ringgit. Semoga program ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang .

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 9 kali.


Kembali ke Atas