Arkib Berita
Majlis Perasmian Masjid Baru Karak dan Berbuka Puasa bersama KDYMM Pemangku Raja Pahang
22 Apr 2022
BENTONG, 21 April 2022 - Raja dan rakyat berpisah tiada. Menjunjung kasih KDYMM Pemangku Raja Pahang atas kesudian berbuka puasa bersama di Masjid Baru Karak yang telah dinamakan sebagai Masjid As-Salam hari ini.

Taklimat Pengurusan bersama Pegawai Daerah
01 Apr 2022
BENTONG, 1 April 2022 - Selamat datang diucapkan kepada Pegawai Daerah Bentong yang baharu, Encik Mohd Khuzaidi bin Harun. Sehubungan itu, satu taklimat pengurusan telah diadakan di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Bentong hari ini.

Majlis Penutup Operasi PPV Daerah Bentong
15 Oct 2021
BENTONG, 15 Oktober 2021 - Seiring dengan tercapainya imuniti kelompok di dua lokasi pelancongan yang terletak dalam daerah Bentong, semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah menamatkan operasi yang diakhiri dengan berlangsungnya majlis penutup semalam.

Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan ke-64
01 Sep 2021
BENTONG, 31 Ogos 2021 - Perhimpunan dan sambutan ulangtahun kemerdekaan negara ke-64 secara maya telah diadakan pagi ini di Pejabat Daerah dan Tanah Bentong. Hadirin turut mengikuti siaran lintas langsung sambutan peringkat negeri menerusi aplikasi dalam talian.

Lawatan Kerja YAB Menteri Besar Pahang ke PPV ILMU, Bentong
13 Aug 2021
BENTONG, 13 Ogos 2021 - YAB Menteri Besar Pahang telah mengadakan satu lawatan kerja ke salah sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sini hari ini. Beliau yang turut diiringi YH Pegawai Daerah Bentong juga turut menemui para petugas barisan hadapan di PPV Tersebut.

Program Imunisasi COVID-19
15 Mar 2021
BENTONG, 13 Mac 2021 - Lindung diri. Lindung semua. Program Imunisasi COVID-19 kini telah bermula di daerah Bentong apabila Yang Hormat Pegawai Daerah sendiri telah menerima dos pertama vaksin pada 2 Mac 2021 bersama dengan para petugas barisan hadapan.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 599 kali.
Kembali ke Atas