Berita

Majlis Bacaan Yasin Dwi Mingguan

Pentadbir Portal1

BENTONG, 8 Januari 2021 - Satu majlis bacaan Yasin telah diadakan di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Bentong hari ini. Majlis tersebut turut meraikan warga kerja yang telah bertukar keluar mulai hari bertugas pertama untuk tahun baharu 2021.

Majlis bermula pada jam 8.30 pagi. Sebaik sahaja bacaan Yasin selesai, majlis diteruskan lagi dengan ucapan Yang Hormat Pegawai Daerah dan Tanah Bentong diikuti dengan penyampaian cenderahati kepada warga kerja yang telah dan akan bertukar keluar dari Pejabat Daerah dan Tanah Bentong. Turut diberikan dalam majlis ini ialah sumbangan kepada ahli-ahli Badan Kebajikan dan Sukan (BKS) yang te;ah dikurniakan cahayamata dan telah menjalani rawatan di hospital sepanjang tahun lepas.

Warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Bentong telah menjalani Ujian Kecergasan Fizikal anjuran Pejabat Belia Daerah pada penghujung Disember 2020. Sehubungan itu, pencapaian peserta telah diiktiraf dalm bentuk pingat. Antara penerima-penerima pingat tersebut termasuklah YH Pegawai Daerah sendiri dan kedua-dua Ketua Penolong Pegawai Daerah. Semoga pencapaian ujian kecergasan ini menjadi inspirasi kepada semua warga kerja untuk mengamalkan dan mengekalkan gaya hidup sihat.

Majlis bersurai pada jam 10.50 pagi. Gambar-gambar sepanjang majlis boleh dilihat di laman Facebook rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Bentong : https://www.facebook.com/PDTBentong

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 63 kali.


Kembali ke Atas