Berita

Majlis Perasmian Masjid Baru Karak dan Berbuka Puasa bersama KDYMM Pemangku Raja Pahang

Pentadbir Portal1

BENTONG, 21 April 2022 - Raja dan rakyat berpisah tiada. Menjunjung kasih KDYMM Pemangku Raja Pahang atas kesudian berbuka puasa bersama di Masjid Baru Karak yang telah dinamakan sebagai Masjid As-Salam hari ini.

Dalam majlis ini, baginda telah bertitah agar masjid dan surau diimarahkan bersesuaian dengan suasana bulan Ramadan. Titah baginda lagi, jika tadbir urus sesebuah masjid itu cekap, manfaat yang ada pada masjid dapat memberikan banyak kebaikan kepada sesiapa yang hadir ke dalamnya.

Baginda juga telah berkenan menyampaikan zakat dan kurniaan kepada asnaf pada majlis ini.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 9 kali.


Kembali ke Atas