Berita

Program Ziarah Prihatin Daerah Bentong

Pentadbir Portal1

BENTONG, 3 Februari 2021 - Satu program melibatkan pelbagai agensi peringkat daerah dan sukarelawan negeri telah diadakan hari ini. Program ini bertujuan meringankan beban individu dan keluarga yg telah diperintahkan kuarantin disebabkan wabak CoViD-19.

Ziarah ini dimulakan pada jam 9 pagi melibatkan 17 orang ahli pasukan : Penghulu-penghulu (Mukim Bentong 1, Bentong 2 dan Sabai 2), 3 orang mewakili pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), 7 orang wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), seorang wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Baru (JKKKB) dan para Sukarelawan Pahang seramai 3 orang.

Sebanyak 46 buah rumah telah diziarahi :

Mukim Bentong 1 - 4
Mukim Bentong 2 - 9
Mukim Sabai 2 - 33

Program ziarah prihatin ini berakhir pada jam 11 pagi.
Gambar-gambar semasa program berlangsung boleh dilihat di laman Facebook rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Bentong : https://www.facebook.com/PDTBentong

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 49 kali.


Kembali ke Atas