Berita

Seminar Ketrampilan Diri dan Imej Professional

Pentadbir Portal1

BENTONG, 3 Disember 2020 - Satu seminar ketrampilan diri anjuran Puspanita Daerah Bentong telah diadakan di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Bentong hari ini. Seminar tersebut telah dihadiri oleh ahli-ahli Puspanita jabatan seluruh daerah.

Pengerusi Puspanita Daerah Bentong, Datin Nur Diyana binti Muhamad Isror menyatakan dalam ucapan aluan beliau bahawa seminar ini diadakan untuk memperkenalkan ahli-ahli baharu serta mengeratkan lagi silaturrahim ahli-ahli sedia ada selain memberi ruang dan peluang untuk ahli menambah ilmu.

Pengisian dalam seminar separuh hari tersebut telah diberi oleh Puan Nazariah binti Taharin, seorang perunding imej yang berpengalaman hampir 20 tahun dalam bidang tatarias dan penampilan diri personaliti-personaliti terkenal negara.
Para peserta didedahkan dengan cara solekan, berpakaian dan penyesuaian warna berdasarkan keadaan jasmani dan waktu majlis diadakan. Penceramah juga telah menjalankan demonstrasi solekan untuk ke pejabat dan berkongsi serba sedikit tips berdasarkan pengalaman beliau secara 'first hand experience'.

Seminar telah ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 20 kali.


Kembali ke Atas