Piagam Pelanggan

Kami kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Bentong berjanji akan berusaha sedaya upaya untuk menunaikan kehendak-kehendak Piagam Pelanggan kami seperti berikut :

A. BAHAGIAN PENGURUSAN TANAH

  1. Memproses permohonan tanah yang lengkap untuk diangkat ke Pihak Berkuasa Negeri dalam tempoh 30 bulan.
  2. Memproses permohonan pecah sempadan/pecah bahagian/penyatuan tanah dan tukar syarat pertanian kepada pertanian dalam tempoh 30 hari bekerja.
  3. Bayaran hasil di kaunter diselesaikan dalam tempoh 5 minit.
  4. Memproses permohonan kebenaran pindahmilik dan gadaian diproses dalam tempoh 14 hari bekerja untuk dihantar ke PTG.
  5. Mendaftarkan suratcara urusniaga dan bukan urusniaga dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh serahan.
  6. Menyiasat dan menyediakan laporan awal aduan penerokaan tanah tanpa izin dan aduan pelanggaran syarat tanah dalam tempoh 14 hari bekerja.


B. BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAERAH

  1. Membanci permohonan pendaftaran e-Kasih dalam tempoh 30 hari daripada tarikh penerimaan permohonan.
  2. Melantik kontraktor bagi projek menerusi kaedah sebutharga dalam tempoh 21 hari daripada tarikh penerimaan surat kuasa / waran.
  3. Mengadakan sekurang-kurangnya 3 kali lawatan bagi setiap projek yang dilaksanakan.
  4. Menguruskan bayaran tuntutan projek dalam tempoh 14 hari dari tarikh tuntutan lengkap diterima.
  5. Mengambil tindakan pemantauan susulan dalam tempoh tanggungan kecacatan sekurang-kurangnya 3 kali sebelum dibuat perakuan lepas tanggungan.


C. BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

  1. Memproses urusan membayar bil-bil dan semua tuntutan yang lengkap dalam tempoh 14 hari daripada tarikh diterima.
  2. Menyelesaikan urusan berpencen kakitangan sebelum pegawai berkenaan bersara wajib / pilihan.
  3. Meminimakan teguran audit dan menyediakan dengan segera atau tidak lebih 30 hari laporan-laporan yang diminta.
  4. Mengemukakan maklumbalas kepada Aduan Pelanggan dalam tempoh 14 hari daripada aduan diterima.
  5. Menghantar surat makluman kelulusan kepada pemohon dalam tempoh 5 hari bekerja selepas Mesyuarat Lembaga Pelesenan dan Eksais Daerah Bentong.

Tarikh Kemaskini: 13/11/2019 11:10:59

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 896 kali.


Kembali ke Atas